..........[Use "Google Chrome" for best view!]..........

Jan 21, 2015

[Sosial] Kampung Landas, Ajil, Terengganu Darul Iman


PENGENALAN
Di Malaysia, sekurang-kurangnya ada dua buah kampung yang berkongsi nama sama.
Dalam kes ni, saya nak memperkenalkan kampung yang saya duduki kini, iaitu Kampung Landas, yang berada di daerah Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Ada satu lagi kampung yang berkongsi sama nama dengan kampung saya, yang mana kampung tersebut kini berada di Rantau, Negeri Sembilan.

Kampung Landas, Ajil, merupakan sebuah kampung pedalaman yang terletak berdekatan dengan sempadan Dungun-Hulu Terengganu.
Saya kini tinggal di kampung ini sejak berpindah dari Felda Jerangau pada tahun 2002, yang mana ketika itu saya masih lagi Tingkatan 2.
Jarak antara Felda Jerangau dengan rumah saya adalah tidak jauh sangat.


SEJARAH
Menurut Wiki, Kampung Landas diberi nama berdasarkan kedudukannya di Hulu Sungai Macang di mana ianya sesuai dijadikan landasan bagi tujuan mengangkut hasil balak ke muara sungai.
Selain itu, kampung ini mempunyai sebuah kilang sawit yang dirasmikan oleh Tun Abdul Razak bin Hussein Al-Haj pada tahun 1967.


APA YANG ADA?
- Senarai di bawah adalah dengan bantuan pakcik Google Maps dan info yang saya rase betul hehehe -


ANTARA KOLEKSI-KOLEKSI FOTO


Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Landas


Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Landas


Tanah Perkuburan Islam


Pusat Kegiatan KEMAS


Antara Wakaf Ketengah / Perhentian Bas


Perkarangan Masjid Landas


Kedai Gunting RM 5.00


Kedai Alat Ganti Kenderaan


Jalan Utama


Balai Raya


ANTARA SEJARAH/BERITA/INFO/KERATAN AKHBAR/MAJLIS/PERISTIWA/AKTIVITI YANG BERKAITAN

KEDUDUKAN
Jiran terdekat dengan kampung ini ialah Felda Jerangau, Felda Jerangau Barat, Kampung Baru Sungai Binjai, dan Kampung Tok Dor (Ajil punye :P).

Peta Kampung Landas, Ajil:



LAIN-LAIN:
Jika ada masa yang terluang, silalah melawat kampung kami ini.
Kunjungan tuan/puan amatlah kami sangat-sangat hargai.
Semoga dengan kunjungan ini dapat membantu anda mengenali kami ini dengan lebih mendalam serta lebih mesra. Chewah.. :)

Terima kasih.
Anda boleh melayari sumber-sumber di bawah untuk mendapatkan lagi data-data yang berkait dengan kampung saya ini.


Sumber dan Kredit:

Info-info di dalam post ni mungkin ada yang ralat.
Harap maaf daripada saya.
Silalah komen di bawah ini jika anda rasa apa-apa yang tak kena dalam post ini. Huhuhu....

1 comment: