..........[Use "Google Chrome" for best view!]..........
Posted by : fivenuckles2 Sep 29, 2014


Hello!
Post ini akan mengajar anda cara-cara untuk memuat turun (download) fail dari Scribd.com secara percuma, menggunakan cara yang lain, iaitu menggunakan kod (MALAY EDITION).

Seperti yang diketahui, fail Scribd hanya boleh didownload dengan cara memuat naik (upload) sebarang fail ke dalam laman ini sebagai bahan pertukaran untuk membenarkan proses download untuk fail lain.
Terdapat banyak cara yang senang untuk mendownload fail dari Scribd tanpa log in masuk ke laman tersebut.
Anda boleh rujuk blog-blog lain untuk membuat rujukan.

Ini adalah cara saya.
Untuk melakukannya sebelum itu, anda mestilah kena ada ciri-ciri berikut:
1) Khas untuk mereka yang mempunyai pengetahuan mengenai kod-kod sahaja.
2) Google Chrome sahaja (lain-lain pelayar (browser) tidak diterima).
3) Sebarang aplikasi (software) yang boleh buka fail yang berformat .pdf.
4) Adobe Flash Player.

Saya beritau anda amaran/perhatian awal-awal:
1) TIDAK SEMUA fail-fail Scribd boleh didownload menggunakan cara ini.
2) Format fail hasil download dari Scribd menggunakan cara ini adalah dalam bentuk format .pdf sahaja.

-Langkah 1-
Buka fail Scribd yang anda mahukan. Contoh fail: http://www.scribd.com/doc/2353029/microsoft-word-2007
Dalam fail tersebut, sila pastikan jumlah halaman fail tersebut.

-Langkah 2-
Pada alamat laman web di atas, sila salin (copy) nombor ID (rujuk foto dibawah, highlight berwarna biru).

-Langkah 3-
Pada ruangan kosong, sila klik kanan untuk mengeluarkan menu, dan diikuti dengan mengklik "View Page Source" untuk memaparkan kod-kod yang tersirat.

-Langkah 4-
Dalam laman ini, sila cari perkataan "access_key" dengan membuat pencarian (ctrl+f) (rujuk foto dibawah).

-Langkah 5-
Anda nampak apa yang tertera di sebelah kanan hasil pencarian anda kan?
Sila copy perkataan tersebut seperti yang ditunjukkan dalam foto dibawah (highlight berwarna biru).

-Langkah 6-
Sila copy kod dibawah ini dan tampalkan (paste) kod ini ke dalam ruangan alamat di browser anda.
http://d1.scribdassets.com/ScribdViewer.swf?document_id=2353029&access_key=key-1trbk6n3wo5eobl04fse

-Langkah 7-
Gantikan (paste) nombor ID dan perkataan yang anda copy tadi dari Langkah 2 dan Langkah 5 ke dalam bahagiannya masing-masing (rujuk foto di bawah), diikuti oleh tekan "enter" dan biarkan browser anda membaca sehingga lengkap.

-Langkah 8-
Di dalam paparan ini, anda akan perasan yang butang "Download" tidak boleh ditekan (hanya sesetengah fail Scribd akan memaparkan situasi macam ini).
Ini kerana anda telah berjaya membuka fail tersebut tanpa bantuan log in akaun lain.
Seterusnya, sila klik "Print" di sebelah "Download" (rujuk foto dibawah).

-Langkah 9-
Seperti dalam foto di bawah, sila tekan lagi butang "Print" untuk membuka paparan seterusnya.

-Langkah 10-
Perhatian/Amaran:
 
Di dalam paparan ini, sila pastikan jumlah muka surat yang dipaparkan adalah sama dengan yang asal seperti mana diberitahu dalam Langkah 1.
Jika tidak benar, terdapat satu masalah sedang berlaku di mana halaman ini tidak dapat selesai dibacan dengan lengkapnya oleh browser anda disebabkan masalah gangguan di dalam aplikasi Flash.
Jika anda "Save" fail ini sekalipun ketika sedang berlakunya masalah ini, hasilnya, anda akan mendapat kurang halaman fail yang dapat daripada jumlah yang asal.
Sekiranya tiada masalah berlaku, abaikan perkara ini dan sila terus ke Langkah 10.
Untuk menyelesaikan masalah ini, sila ikuti perkara berikut:
1) Sila klik "Cancel" dan ulang balik Langkah 8-9 sebanyak 3 kali.
- Dalam situasi saya, selepas cubaan kali ke-2 akan keluarnya satu skrin hitam.
- Sila tunggu untuk beberapa saat sehingga skrin asal akan keluar, dan anda boleh teruskan cubaan kali yang ke-3.
2) Jika berjaya, anda boleh teruskan menyambung Langkah 10 di bawah.
Pada bahagian kiri skrin, pastikan "Destination" anda adalah "Save As PDF" (rujuk foto dibawah).
Jika tidak, klik pada "Change" untuk membuka satu menu baru dan klik "Save As PDF" dalam bahagian "Local Destinations" untuk menetapkan "Destination" yang betul.
Akhir sekali, klik "Save" untuk mendownload fail ini dan tetapkan lokasi fail anda. Tamat. Fuuhhh....

Apa-apa hal, komen je kat bawah. Untuk kebaikan korang, peace V(^_^)
Terima kasih kerana sabar membaca post ini.
Yiba yiba andre andre yiba yiba andre andre!


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 EjakDerita! - Hataraku Maou-sama! - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -