..........[Use "Google Chrome" for best view!]..........

Oct 26, 2014

[School] Hari Kebajikan dan Kempen Menabung 2014 (23 Oktober 2014)


23 Oktober 2014 - Pada 26 Oktober 2014, SK Felda Jerangau Barat dengan kerjasama Unit Kebajikan, PIBK dan Lembaga Tabung Haji telah menganjurkan Hari Kebajikan dan Kempen Menabung bagi tahun 2014.

Seperti yang tertera di dalam foto banting yang disediakan oleh saya di atas, program ini menyediakan aktiviti-aktiviti seperti pengaktifan dan pembukaan akaun Tabung Haji (oleh pihak Lembaga Tabung Haji), pemeriksaan kesihatan percuma (oleh pihak Klinik Kesihatan Felda Jerangau), dan jualan makanan dan minuman serta peralatan komputer (oleh pihak luar dan pihak sekolah). Tidak ketinggalan juga, pihak penganjur menyediakan hadiah-hadiah istimewa untuk para tetamu bagi kategori pengunjung bertuah, kategori penabung terbanyak, dan kategori bilangan ahli keluarga menabung terbanyak.

Sepanjang program ini dijalankan, tetamu-tetamu yang sedang menunggu giliran masing-masing akan dihidangkan dengan tayangan video-video korporat sekolah, dan video kejayaan Pusat Sumber Sekolah yang baru sahaja mendapat Anugerah PSS Kebangsaan 2014 bagi kategori sekolah rendah.

Dengan tamatnya program ini, pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada para tetamu yang menghadiri program ini kerana sudi meluangkan masa untuk bersama kami memeriahkan lagi program ini. Tidak juga lupa ucapan terima kasih kepada Unit Kebajikan, PIBK dan Lembaga Tabung Haji kerana turut membantu menjayakan program ini dengan jayanya.

Disediakan oleh:
-Pegawai EIO SK Felda Jerangau Barat 2014-

Lihat koleksi foto lain DI SINI.