..........[Use "Google Chrome" for best view!]..........

Feb 5, 2015

[Media] Apa itu "RickRoll"?


PENGENALAN
Di dalam dunia yang serba teknologi ini, kita sebagai pengguna internet, sekurang-kurangnya pernah biasa mendengar perkataan "Rickroll" di dalam dunia internet.
Tetapi terus teranglah, korang tahu tak apakah itu "Rickroll"?
Adakah ianya sejenis roti? Sejenis tarian?
Ramai yang tidak tahu apa yang dikatakan dengan istilah RickRoll ini, lebih-lebih lagi di negara saya ini, Malaysia (rasenyelah).
Mana taknya, fenomena/viral ini cuma berlaku kat luar negara je.



INFO BERKAITAN
Saya dah buat sedikit kajian, dan berikut adalah beberapa info penting mengenai fenomena/viral yang dikatakan sangat popular ini:
  • Antara salah satu fenomena/viral internet (internet meme) yang popular di serata dunia (contoh fenomena/viral lain seperti Gangnam Style, Harlem Shake, Nyan Cat, This is Sparta, so i herd u liek mudkipz, dan lain-lain).
  • Sejenis lawak jenaka untuk mengenakan orang lain (prank/troll) melalui penghantaran laman pautan (link).
  • "Bait-and-switch practice", proses menghantar satu pautan kepada yang orang yang mahu dikenakan untuk dibuka olehnya.
  • Mangsa menyangkakan yang pautan tersebut adalah pautan benar yang berkaitan dengan topik-topik tertentu, tetapi sebaliknya membawanya kepada lagu atau video popular tahun 1987 yang bertajuk "Never Gonna Give You Up", dinyanyikan oleh penyanyi English, Rick Astley (kena tipulah maknanye).
  • Sesiapa yang membuka pautan itu, mangsa tersebut telah dikatakan telah terkena "Rickrolled".
  • Tapi sekarang pun dah macam-macam orang lain cakap, kalau kita terdengar lirik atau lagu ni kat mana-mana, pun dikira terkena "Rickrolled".
  • Fenomena/viral bermula pada bulan Mei 2007, dan kemuncaknya pada bulan April 2008.
  • Rickroll pertama berlaku pada Mei 2007, dikenakan kepada peminat fanatik yang tak sabar-sabar menunggu game Grand Theft Auto IV dipasarkan (game ni belum lagi keluar di pasaran masa itu).
  • Merupakan spin-off dari fenomena/viral internet awal yang sama fungsinya, "duckroll".
  • Sedikit sebanyak telah membantu Rick Astley menghidupkan kembali kariernya dalam bidang nyanyian.



REVIEW SAYA
Pada pendapat saya, ianya hanyalah sebuah lagu lama yang best dan bernostalgia.
Hairan juga saya kenapa jadi sebegini hebat eh?
Diorang kata lawak, bagi saya biase je, tapi adelah juga rasa lawak lepas terkena banyak kali.
Tapi apa-apa pun, makna dan situasi pasal hal ni bergantung kepada pendapat masing-masing.
Jadi sebagai kesimpulannya, korang mesti memang taknak terkena dengan prank ni kan?
Huhuhu..... :)
Meh dengar lagu special ni kat bawah.



Ade pengalaman terkena dengan prank ni?
Boleh juga kongsi cerita kat bawah. :D
**Pstt... ade korang klik mana-mana link di atas dalam post ni tak? Hehehe....


SUMBER RUJUKAN DAN KREDIT:

**************************************************************************

*UPDATE: 1st September 2016*


Zaman dah berubah sekarang.
Fenomena/viral internet "Unexpected John Cena" mungkin akan menjadi pengganti kepada RickRoll pada masa akan datang.

**************************************************************************

1 comment: