..........[Use "Google Chrome" for best view!]..........
Posted by : fivenuckles2 May 12, 2016

Chiwasu!
Dalam post ini, saya nak ceritakan serba sedikit tentang pengalaman kenangan saya sekali seumur hidup di satu festival yang saya nak pergi sangat pada tahun 2012:

AFA MY Anime Festival Asia Malaysia 2012

Festival ni lain sikit daripada yang lain kerana hanya fokus pada yang suka OTAKU je.
Saya orang kampung pedalaman, berasal dari Jerangau/Kampung Landas, Ajil, Terengganu.
Minat benda macam ni sejak dari zaman sekolah menengah lagi (SMK Jerangau, SPM 2005).
Terima kasih banyak kepada satu member sekelas ni, kerana sebab dialah saya perlahan-lahan mengikuti perkembangan OTAKU sampai saya dah masuk alam pekerjaan (dan masih lagi budak "tak matang", hahah!! (^▽^).

Tahun 2012, kebetulan masa tu saya ada di Shah Alam tengah kursus "Training Sponsored by MDeC For Microsoft SQL Server 2008 with Job Placement (25 April - 15 May 2012)" kat Jalan Klang Lama dengan kawan satu course UiTM Shah Alam dari Bangi.
Kalau tak silap, adalah satu hari tu tiba-tiba iklan festival ni keluar dalam Facebook dan buku Gempak (Starz) yang kebetulan saya beli isu pada bulan tu.
Dah rumah sewa saya duduk dekat dengan festival ni, apa lagi?
Cepat-cepatlah saya sambar tiket ni dengan kawan tadi (dia pun minat juga OTAKU).
Saya anggap ni peluang sekali seumur hidup, sebab lepas ni memang susah dah nak pergi balik festival macam ni tahun-tahun akan datang.
Beli tiket ni susah sikit, terpaksa pergi Mid Valley beli direct dari kedai Speed (hehehe..... maaf, saya tak pandai langsung beli tiket secara online) ヾ(´▽`;)ゝ

Tiket AFA 2012 Malaysia + Buku SQL

Masa terus berlalu, dan tibalah pada hari festival tersebut (BELUM LAGI!).
Entah macam mana kebetulan ada kat Low Yat untuk beli items di sana (8 Jun 2012), tak sangka pulak pihak penganjur festival ni buat promosi di sini.
Saya tak pasti artis Jepun yang mana satu hadir untuk buat promosi di sini sebab tak nampak dari jauh.
Promosi di perkarangan Low Yat (8 Jun 2012)

Masa terus berlalu, dan tibalah pada hari festival ni (kali ni yang betul punye, 9 Jun 2012).
Diorang buat kat Putra World Trade Center, Kuala Lumpur.
Suasana di sana memang gempak, riuh dengan kedatangan pengunjung-pengunjung yang betul-betul minat dengan OTAKU.
Ada yang muda, ada yang tua, ada yang datang dari jauh macam saya, dan lain-lain.
Banyak booth disediakan mengikut kategori masing-masing seperti kiosk untuk fighting cards, jualan, ujibakat seiyuu, aksi figura, Culture Japan, maid cafe, dan lain-lain lagi yang kami tak perasan.
Pass masuk festival

Antara koleksi aksi figura yang dipamerkan

Antara yang terdapat di booth masing-masing

Booth Animax untuk ujibakat seiyuu

Culture Japan Mirai Suenaga

Dah ada di sini, kami ambil peluang yang biasanya pengunjung akan buat.
Sambil pusing-pusing kat tempat ni, kami berpeluang untuk ambil dan bergambar dengan cosplayer-cosplayer dari serata jenis.

Awesome cosplayers

Ni foto saya bergambar dengan salah seorang cosplayer kat sini.....
(Wah.... taknak lah tunjuk muka. MALU BOH!) (#^.^#)

Wob.......

Terima kasih banyak-banyak kepada semua cosplayer-cosplayer yang ada dalam gambar ni kerana sudi memberi kebenaran untuk mengambil foto anda atau bergambar dengan anda.

Banyak booth yang buat jualan seperti aksi figura, payung, alat tulis, cawan/mug, koleksi media, pakaian, dan sebagainya.
Namun kami cuma beli baju ni je, sebab mahu buat kenangan yang kami pernah pergi ke sini.


Kami berada di sini sampai ke malam. Kenapa?
Sebab tiket yang kami beli ni bukannya sekadar tiket masuk festival je.
Sebenarnya, ke main event yang ditunggu tunggu....... KONSERT!
Kami sebenarnya memang teringin nak lihat secara langsung artis-artis Jepun favorite kami.
Aimi, Maon Kurosaki dan Kalafina buat persembahan malam itu.

Aiseh...... susah juga kami nak ambil foto malam tu (ada peraturan yang melarang pengambilan foto).

Aimi dalam screen (tak jelas)...

Sampai sini sahaja info yang boleh saya kongsikan.
Sebenarnya kami cuma pergi pada hari yang pertama sahaja, sebab kami dah letih untuk pergi balik pada hari esoknya walaupun konsert malam ke dua menampilkan artis yang paling saya nak jumpa sangat, KOTOKO, FLOW dan Sea*A.
Tapi apa boleh buat? Kami cuma tak mampu.
Apa-apapun, keseluruhannya, kami berpuas hati dengan segala apa yang terdapat di festival ini, samada dari segi jualan, kemeriahan, peristiwa, dan lain-lain.
Saya harap pihak penganjur boleh teruskan program ini lagi pada akan datang, tapi sehingga tarikh post ini, tiada lagi Anime Festival Asia di Malaysia atas sebab-sebab tertentu yang saya sendiri tak tahu.
Nok pegi lagi boh! (T▽T)
Akhir kata, boom headshot!

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 EjakDerita! - Hataraku Maou-sama! - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -