..........[Use "Google Chrome" for best view!]..........
Posted by : fivenuckles2 Jun 22, 2016

Yeeeppppp!
Post kali ini ialah tentang pengalaman KEDUA saya ke festival yang hanya fokus kepada OTAKU:

Animax Carnival Malaysia 2013, Sunway Pyramid

Sejak pergi ke Anime Festival Asia 2012 Malaysia 9 Jun 2012 yang lepas, terus ada semangat nak pergi ke mana-mana festival macam ni lepas ni.
Tapi dengan kawan le..... heheh!!!

16 Mac 2013, saya dengan kawan se-OTAKU dari Bangi kali ini pergi sendiri ke festival ni yang diadakan di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor, dengan motor boh!
Bertolak dari rumah sewa saya pada pukul 7.30 pagi dari Pangsapuri Baiduri Seksyen 7 Shah Alam, saya pergi ambil kawan saya ni yang kebetulan duduk di rumah kakak dia kat Persiaran USJ berapa entah (tak ingat dah), dan tiba kat sana lebih kurang pukul 9.00 pagi.

Aiseh....
Malang sungguh kitorang, sebab dah ramai yang beratur panjang nak masuk.
Kesian juga saya tengok diorang yang dah lama tunggu kat sini.
Mungkin dah ada yang tunggu sejak pagi lagi.

Menunggu.... T_T

Apapun, sebab tak nak miss langsung festival ni, kami beratur juga lah (lama juga kitorang beratur.... rasanya sampai pukul 12.30 tengah hari).
Tapi yang bestnya, macam kebetulan pun ada, sebab kami antara beberapa orang terakhir yang dapat masuk last, sebab ada sesi pengenalan dan konsert yang nak dimulakan masa tu (pihak penganjur buka balik pintu petang tu).
Tak macam dulu, tiket masuk ke festival ni hanyalah guna bil Astro sahaja sebab ni je syarat kemasukannya.

Pintu masuk

Festival kali ni (bolehlah dikatakan) kecil/sempit, jadi tak banyak booth/aktiviti yang boleh disediakan/dijalankan oleh pihak penganjur di sini.
Kami sempat bermain beberapa aktiviti di sini, cumanya tak ingat dah apa nama permainan kat sini. :/

"kad aktiviti + cop merit" nih...... hehehe.... XD

Antara booth aktiviti yang disediakan

Permandangan dari atas

Takkan nak pusing-pusing kosong kot?
Macam biasa, bila dah ada kat festival macam ni, kami pun buatlah apa yang selalu pengunjung buat.
Bergambar dan mengambil gambar dengan cosplayer-cosplayer sini. :D

Awesome cosplayers.....


This is me. Kami wa nabiku.....? XD

Kami ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada para cosplayers di sini kerana sudi memberi peluang kepada kami untuk mengambil gambar dan bergambar dengan anda semua. :)

Seperti festival-festival yang lain, tiada meriahnya program ini tanpa jemputan artis dari Jepun.
Artis yang dijemput ialah May'n.
Sebelum persembahan, ada sesi soal jawab yang bernas bersama beliau dengan MC.
Ni kan Animax, jadi tentulah objektif mereka adalah untuk mempromosi Animax.

Antara lagu yang dinyanyikan beliau di pentas:
- Kimi Shinitamou Koto Nakare (OP1 Shangri-La)
- Aozora (ED1 Btooom!)
- Chase the world (OP1 Accel World)
- HEAT of the moment
- dan lain-lain yang saya tak pasti :P

Pentas
The MC

May'n membuat persembahan

Sesi soal jawab
Thank you May'n for visiting Malaysia!

Kami tak pulang dengan tangan kosong.
Kenangan kami di sini mesti kena ada bukti. :D


Secara keseluruhannya, pengalaman bersama kawan saya di sini memang tak boleh saya gambarkan melalui mulut.
Ianya memang buat perasaan saya terjebak-jebak dan excited.
Harapan saya ialah saya mahu pergi lagi ke festival-festival macam ini pada masa akan datang walaupun berada jauh dari lokasi.
Baru gempak boh!!
Apapun, nok pegi lagi boh! (T▽T)
Peace...... sang V(^^)

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 EjakDerita! - Hataraku Maou-sama! - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -