..........[Use "Google Chrome" for best view!]..........
Posted by : fivenuckles2 Jan 1, 2016


YeaOHH!!

Selamat tahun baru 2016!
Post ini mengisarkan tentang cara-cara nak memasukkan sistem operasi Windows baru dengan cara memformat laptop/PC, hanya menggunakan pemacu mudah alih (Pendrive).

Saya pernah bekerja sebagai Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) di SK Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu, Terengganu, dalam tempoh 2 tahun (14 April 2014 - 10 Oktober 2015).
Dan saya kini ditempatkan di Terengganu Timber Industry Training Centre (TTiTC), Kampung Teris, Kuala Berang, Terengganu.
Sepanjang berada di sana, saya menggunakan aplikasi bernama Win2Flash untuk memformat E-Book milik murid-murid sekolah yang mengalami kerosakan.

Apa itu Win2Flash?
Ianya ialah salah satu aplikasi alternatif yang mana ianya membolehkan pengguna untuk memasukkan sistem operasi Windows baru dengan cara memformat laptop/PC, tanpa bantuan pemacu CD/DVD.

Apa yang anda kena tahu dalam aplikasi ini?
Di bawah ini saya senaraikan tentang kebaikan dan keburukan aplikasi ini.

Kebaikan:
  • Saiz aplikasi yang ringan.
  • Susunatur yang baik disebabkan oleh penggunaan wizard di dalamnya.
  • Senang digunakan.
  • Percuma (Terdapat versi yang berbayar di mana terdapat banyak lebih kemudahannya berbanding yang percuma).
  • Terdapat versi portable mudah alih (boleh digunakan di mana-mana).
  • Memberi kelebihan kepada pengguna laptop/PC yang tiada pemacu CD/DVD (contohnya, E-Book milik murid-murid sekolah).

Keburukan:
  • Kesemua data di dalam Pendrive yang digunakan, akan dipadamkan/diformat untuk memberi laluan kepada fail-fail aplikasi ini.
  • Masa yang diperlukan untuk menyiapkan keseluruhan proses adalah perlahan hingga mengambil masa yang panjang (bergantung kepada jenis kelajuan Pendrive yang digunakan, dan jenis Windows baru yang digunakan untuk format).

Apa yang perlu disediakan/dipatuhi sebelum menggunakan aplikasi ini?
  • Pastikan kesemua data dalam Pendrive yang akan digunakan, dipindahkan terlebih dahulu ke lokasi lain supaya ianya selamat dan boleh digunakan lagi (tak perlu backup).
  • Pastikan juga saiz kuantiti dalam Pendrive anda melebihi daripada saiz sistem operasi Windows baru yang akan digunakan (contohnya: Windows 7, kuantiti saiz Pendrive mestilah sekurang-kurangnya 4 GigaByte (GB)).

Disertakan di bawah ini ialah tutorial cara-cara untuk menggunakan aplikasi ini:

-Langkah 1-
Pastikan Pendrive anda dan CD/DVD operasi sistem Windows telah dipasang pada PC anda.

-Langkah 2-
Buka aplikasi Win2Flash.


-Langkah 3-
Selamat datang ke Win2Flash.
Paparan berikut adalah untuk bagi yang pertama kali menggunakan aplikasi ini.
Klik butang "Next".


-Langkah 4-
Paparan berikut menunjukkan syarat-syarat yang perlu dipersetujui sebelum menggunakan aplikasi ini.
Sila klik kedua-dua kotak tersebut, dan diikuti oleh butang "Next".

-Langkah 5-
Paparan berikut menunjukkan pilihan samada anda mahu menggunakan versi yang berbayar ataupun tidak.
Sila klik "Free Licence", dan diikuti oleh butang "Next".

-Langkah 6-
Paparan berikut merupakan iklan yang disediakan oleh aplikasi ini.
Tunggu sehingga selesai.......

-Langkah 7-
Apabila iklan telah selesai, sila klik butang "Next".

-Langkah 8-
Paparan berikut menunjukkan pilihan parameters untuk memasukkan aplikasi ini ke dalam PC anda.
Sila klik "Quick Setup (recommended)", diikuti oleh butang "Next".

-Langkah 9-
Terima kasih!
Sila klik butang "Next" untuk ke proses seterusnya.

-Langkah 10-
Anda baru sahaja selesai proses pengenalan.
Paparan berikut adalah langkah awal untuk menggunakan aplikasi ini.
Sila klik butang Wizard "Windows Setup Transfer Wizard".

-Langkah 11-
Sila klik butang "Next".

-Langkah 12-
Paparan berikut menunjukkan sumber di mana operasi sistem Windows berada, sama ada dari CD/DVD, ataupun di komputer dalam bentuk format ISO.
Sila pilih salah satu pilihan tersebut, diikuti oleh butang "Next".

-Langkah 13-
Klik butang "Select" untuk mencari lokasi operasi sistem Windows anda.
Jika anda masih belum lagi memasukkan Pendrive ke PC anda, anda perlu memasukkannya dan diikuti oleh butang "Refresh" untuk membenarkan aplikasi ini mencari sumber Pendrive anda.
Selepas pilih lokasi operasi sistem Windows anda, sila klik butang "Next" untuk memulakan proses akhir.

-Langkah 14-
Ini ialah langkah terakhir sebelum proses bermula.
AMARAN! Seperti yang saya beritahu anda awal-awal lagi, pastikan data Pendrive anda telah dipindahkan terlebih dahulu kerana proses ini akan terus memformat/memadamkan ke semua data Pendrive anda.
Jika belum lagi, klik butang "Cancel" supaya anda boleh memindahkan data Pendrive anda.
Jika bersedia, klik butang "Continue".

-Langkah 15-
Paparan berikut menunjukkan aplikasi ini di dalam proses.
Tunggu sehingga siap...

-Langkah 16-
TAMAT.
Anda bolehlah menggunakan Pendrive ini ketika proses boot pada bahagian BIOS.

Terima kasih.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 EjakDerita! - Hataraku Maou-sama! - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -