..........[Use "Google Chrome" for best view!]..........
Posted by : fivenuckles2 Jun 9, 2017


~ LEFT 4 DEAD ~
Ditinggalkan untuk mati?
Hahaha..... yelah tu.

Credited to sydneyprimal

Apepun, game ini sangat menarik.
Antara salah satu game menembak mayat-mayat hidup (zombies).
Yang menariknya, zombie ni ada berbagai-bagai jenis la pulak.

Jalan ceritanya senang saja, iaitu sekumpulan 4 orang mangsa cuba meninggalkan kawasan mereka dengan pergi ke tempat yang selamat di satu kawasan lain yang jauh selamat daripada jangkitan dan serangan zombie-zombie ni.

Left 4 Dead 3?
Sekarang ni saya menunggu ketibaan yang dinanti-nantikan pada masa akan datang, iaitu Left 4 Dead 3.
Buat masa ini adalah sekadar khabar angin.
Banyak spekulasi mengatakan yang L4D3 tidak akan lagi dihasilkan memandangkan hasil positif keberkesanan Francis game terdahulu seperti L4D1 dan L4D2 yang sudah dikatakan cukup memadai.
Tapi ada juga yang kata sebaliknya, siap melaporkan yang game Half-Life 3 (pencipta game yang sama mencipta L4D) bakal digugurkan untuk beri laluan dalam pembinaan L4D3.
Saya terjumpa sumber portal berita ni mengatakan yang ada watak-watak baru telah dikeluarkan untuk L4D3:
1) Katherine (Umur 24 tahun, orang Caucasian)
2) Irvin (Gengster berkulit hitam)
3) Garrett Jr/ (Kenpo Fighter terkenal)
4) Keenan (Comic Book nerd)

Saya tak jumpa mana-mana gambar/video lagi yang betul-betul mengesahkan kesahihan ini.
Entah le. Apa-apa pun, kita tunggu..............


Berbalik kepada game asal.
Saya peminat tegar game ni selepas game menembak lain macam Call of Duty dan Counter Strike.
Ketika bermain, selalunya saya memilih watak Francis (L4D) dan Nick (L4D2).
Sebagai pemerhati pula, saya suka tengok gelagat perwatakan Louis (L4D) dan Coach (L4D2).

Lepas campaigns asal game ni habis saya explore, saya cuba yang fanmade punya.
Pergh..... bukan calang-calang menarik peta diorang buat ni.

Antara TOP 5 custom campaigns/maps pilihan saya:
1) Cold Case
2) Questionable Ethics & 2
3) Death Mountains
4) Wormwood
5) The Passing

Untuk pengetahuan, saya ada muat naik koleksi video-video Left 4 Dead yang saya sendiri dengan 3 lagi adik.
Kami ni bermain taklah serius sangat. Asyik gune cheat je. Hehe.
Kami bermain guna komputer masing-masing secara standalone offline dan guna Wifi rumah sebagai LAN.
Tak guna langsung steam sebab internet rumah kami slow sangat (kawasan kampung pedalaman).
Adik saya ni pandai edit radial menu (menu untuk klik dialog), sampai best pulak watak-watak game ni bercakap bukan ikut format asal game ni.
So, enjoy je lah bagi yang nak tengok.

AWAS! GAME NI BANYAK GUNA BAHASA KESAT!
Tengoklah video ini dengan musahabah diri masing-masing.
Terima kasih.


Sumber:

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 EjakDerita! - Hataraku Maou-sama! - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -