..........[Use "Google Chrome" for best view!]..........

Jan 9, 2018

[Media] Stargate Origins



SELAMAT TAHUN BARU 2018!

Tahun baru, maka banyak rancangan TV lama dari luar negara bakal kembali ditayangkan.
Contohnya (favorite saya) seperti X-Files musim 11, Homeland musim 7, The Amazing Race musim 30, The Gifted musim 2, World of Dance musim 2, banyak lagi lah.


Antara watak-watak penting dalam kesemua 3 siri Stargate (SG-1, Atlantis, Universe)

PENGENALAN
Antara rancangan yang bakal dikembalikan juga ialah Stargate.
Peminat tegar Stargate?
Saya kini menantikan rancangan Stargate terbaru yang dipanggil Stargate Origins (SGO).
Kenapa? Sebagai peminat tegar, hampir 7 tahun tanpa sebarang rancangan Stargate disiarkan di media selepas Stargate Universe (SGU) pada 2011.
Asalnya saya harapkan SGU yang akan kembali, sebab kisahnya tergantung selepas pihak produksi membatalkan SGU hanya selepas 2 musim.


3 jenis Stargate merangkumi 3 siri (SG-1, Atlantis, Universe)

APA ITU STARGATE?
Sebuah portal yang menghubungkan dua gerbang di antara dua lokasi di alam semesta.
Apabila melibatkan interstellar, ehem... korang tahu lah macam mana jalan ceritanya....
Ada alien, ruang masa, tempat misteri, Replicator, Merlin, Atlantis, gitu lah seterusnya.
Sebuah rancangan fiksyen-militari menarik pernah mencetuskan fenomena bermula pada pertengahan 90-an dahulu.
Di Malaysia pernah siar di TV3 (Stargate SG-1) dan TV2 (Stargate Atlantis (SGA)) dahulu.


Poster asal Stargate Origins (SGO)

Stargate Origins (SGO)
Stargate Origins (SGO) ni adalah rancangan TV Stargate yang ke-4.
Kisahnya berlaku 10 tahun selepas penemuan Stargate di Giza pada 1928.
Jika berkaitan, akan jadi prequel kepada filem Stargate (1995).
Fokus utama adalah watak Dr. Catherine Langford (anak kepada Professor Langford yang menemui Stargate).
Bakal ditayangkan pada bulan Februari 2018 ni.
Ada perbezaan? Yep.... saiz Stargate tinggi betul.
Ada pelakon lama kembali? Sorang je.... pelakon ni akan jadi watak Prof. Langford, dulu dia pegang watak regular Michael Kenmore dalam SGA.
Lagi bagus kalau Ronon Dex (pelakon Jason Momoa si Aquaman Justice League) ada balik. :)


Sebelum tu, saya kaji sikit sebanyak mana reaksi-reaksi peminat tegar Stargate yang lain.
Hasilnya rata-rata ramai yang tak suka/setuju dengan kemunculan rancangan terbaru ni.
Sebab:
  • Dah lama ketinggalan, kira-kira hampir 7 tahun selepas SGU (2011).
  • Ramai fikir kali ini jalan cerita/genrenya adalah drama serius sama seperti SGU.
  • Fokus jalan cerita kali ni adalah selepas penemuan Stargate pada 1928, jalan cerita mungkin tak best.
  • Tempoh 1 episod = 10 minit sahaja, dan hanya boleh ditonton di Stargate Command (tak ditayang di TV disebabkan tempoh yang sekejap).




KOMEN SAYA
Senang je, saya beri peluang dulu tengok SGO ni.
Kalau drama X-Files musim 10 boleh kembali siar pada tahun lepas selepas 14 tahun ketinggalan, SGO sudah tentu boleh punya.




Trailer:
https://www.youtube.com/watch?v=Lgx_woLQImQ


SUMBER RUJUKAN DAN KREDIT