..........[Use "Google Chrome" for best view!]..........

Dec 4, 2018

[Audio] MP3 Best Selections


In 2011, me and the boys have created a fansub for English translation of PV/MV of Japanese/Korean Music Video (called Kumasub).
In 2013, me and the boys also did a song collection picked by us for our fansub followers so that they can know what songs we always heard.
Originally it was posted in old Kumasub's website host, but since it was deleted, I will post back these memories below.

Nov 4, 2018

[Social] Senarai Telegram Luar Negara


APA ITU "TELEGRAM"?
Sebuah aplikasi permesejan berfungsi seperti Whatsapp, Yahoo Messenger, dan lain-lain.
Digunakan ramai kerana banyak fungsi-fungsi lain yang tiada dalam Whatsapp.
Salah satu fungsi yang popular dalam Telegram ialah Channel.

FUNGSI "CHANNELS"
Boleh ikut perkembangan semasa info-info yang berkaitan dengan Channel yang kita langgan/follow, sama fungsi dengan follow dalam Instagram dan like dalam Facebook.

APA SAYA NAK BUAT DALAM POST NI?
Dalam blog-blog yang lain, kebanyakkan mereka senaraikan Channel telegram yang popular di Malaysia.
Saya dalam post ini kali ini ingin menyenaraikan senarai Channel yang ada di/oleh luar negara.

SENARAI TELEGRAM YANG ADA DI/OLEH LUAR NEGARA
Berikut adalah ANTARA senarai Channels yang saya kini/pernah folllow.
Saya senaraikan 10 Channel sahaja mengikut kategori masing-masing sebab terlampau banyak yang ada.

*Kemaskini: 4 NOVEMBER 2018*

Oct 23, 2018

[Science] Fosil Hidup


PENGENALAN
Bumi kita telah telah berumur hampir 4.6 billion tahun.
Sepanjang situasi yang Bumi hadapi, banyak perubahan evolusi yang telah berlaku kepada hampir kesemua yang ada di dalamnya.
Ini termasuklah spesis-spesis haiwan pada zaman terdahulu.

Masa belajar di alam pendidikan dulu, kita telah didedahkan dengan kewujudan dinasour yang telah pupus akibat dihentam oleh meteor.
Daripada peristiwa tersebut, boleh dikatakan haiwan-haiwan pada masa kini adalah hasil evolusi/serpihan-serpihannya.

Sep 2, 2018

[Science] Antara 10 Fakta Info Menarik Mengenai Dunia Angkasa

Galaksi bertembung menjadi tanda '?' (foto dikredit kepada NASA)
"To infinity, and beyond!... say!"

PENGENALAN
Kembali ke berita angkasa!
Seperti apa yang saya dah maklum dalam post-post saya yang terdahulu, saya minat untuk menerokai ilmu-ilmu berkaitan dengan angkasa dan misteri disebaliknya.
Selalu mengikuti website seperti NASA, Astronomy, dan Space untuk mendapatkan info-info baru.
Juga menonton filem/rancangan TV cerita-cerita fiksyen seperti Stargate, Interstellar kerana ada info-info tersirat di sebalik cerita ini berkaitan dengan angkasa.
Kengkadang tu saya selalu terfikir, mesti ada lagi yang masih tidak dapat dirungkai di luar sana walaupun telah banyak eksperimen dan kajian yang telah dibuat oleh para expertise.
Tapi disebalik semua ni, ada yang saya rasa sangat pelik pun ada.
Sebagai manusia, kita perlu bersyukur dan mengkagumi dengan apa sahaja yang ada di luar sana.

Gambaran artis lohong hitam



Apapun, dibawah ini ialah antara 10 fakta yang saya rasa ianya menarik mengenai dunia angkasa.

Planet X
1) Penemuan baru di angkasa dinamakan sempena nama orang




The Great Red Spot (kiri) dan The Great Dark Spot (kanan)

2) Ribut terbesar di Sistem Suria
  • Antara ribut terkuat di dalam Sistem Suria ialah Great Red Spot di planet Musytari.
  • Saiz ribut tu terlalu besar, saiznya boleh menelan planet kita tau.
  • Berita terbaru mengatakan yang ribut ni mungkin akan hilang dalam tempoh 20 tahun lagi.
  • Lain-lain ribut di planet lain adalah Great Dark Spot, di planet Neptun, namun terkini ianya juga telah hilang dari radar.




3) Satu Ribut Suria nyaris terkena bumi pada tahun 2012
  • Sebut pasal ribut, ada satu ribut suria ni, nyaris-nyaris terkena bumi pada 23 Julai 2012.
  • Kalau terkena, habislah semua alat-alat elektronik yang ada kat Bumi nanti.
  • Macam kes pada bulan Mei 1921, teknologi pada masa tu seperti telegram terbantut sekejap disebabkan fenomena ini.




4) Planet Pluto bukan lagi planet ke-9
  • Pada 2006, Pluto telah diklasifikasikan balik sebagai sebuah planet kerdil.
  • Ini kerana planet kerdil lain bernama Eris bersaiz 27% lebih besar daripada Pluto, telah dijumpai pada 2005.
  • Sifat Eris dan penemuan beberapa objek yang sama sifat di kawasan Kuiper Belt menyebabkan Pluto dikaji balik statusnya.
  • Terkini, Pluto bersama-sama Ceres, Eris, Haumea dan Makemake adalah antara planet kerdil yang berada di Sistem Suria kita.



Gunung tertinggi di Sistem Suria, Rheasilvia (22 km)

5) Gunung tertinggi di Sistem Suria
  • Seperti dalam post saya yang terdahulu, Rheasilvia adalah gunung tertinggi di Sistem Suria.
  • Ketinggian diukur dari paras bawah ke puncak, 22 km.
  • Lokasinya berada di Asteroid 4 Vesta, antara orbit Marikh dan Musytari.



'Luna', nama lain bulan

6) Satu permukaan Bulan yang sama dilihat dari Bumi
  • Perasan tak? Kita asyik lihat permukaan yang sama dari Bumi tak kira mana kita lihat.
  • Experts kata, hanya 18% je kita boleh tengok permukaan satu lagi, yang mana sangat sukar untuk kita dapat melihatnya.
  • Sebabnya, bulan berputar di paksinya serentak dengan bulan mengorbit planet kita (rujuk 'Tidal Locking').



Voyager 1

7) Voyager 1 sebagai objek buatan manusia terjauh dari Bumi
  • Dilancarkan pada 5 September 1977 oleh NASA.
  • Kini merupakan objek terjauh buatan manusia dari Bumi.
  • Fungsi/objektif utama ialah untuk terbang berhampiran untuk mengkaji Musytari, Zuhal dan bulan terbesar Zuhal, Titans.
  • Kedudukan terkini ialah berada di kawasan interstellar medium (kawasan selepas sistem solar) dan bakal masuk ke kawasan awan Oort dalam tempoh 300 tahun lagi.
  • Jangka hayatnya mungkin berakhir pada tahun 2050 kerana kekurangan sumber bekalan elektrik yang boleh menampungnya.



Trojan '2010 TK7' di sebelah kanan

8) Bumi ada objek lain yang ikutnya dalam orbit
  • Tak sangka Bumi kita ni ada follower.
  • Objek ni dipanggil 'trojan', dijumpai pada Oktober 2010 dan dinamakan sebagai 2010 TK7 (Opps.... ni bukan virus atau serbuk cucian ye).
  • Sifat objek ni kata wikipedia: bulan/planet kecil yang mengorbit planet/bulan besar.
  • Bersaiz 300 meter.
  • Objek ni ada sifat yang tak disangka-sangka, iaitu mengorbit orbit Bumi sambil ikut Bumi.



Penampakan muka di (dari kiri) Marikh, Nebula Helang dan galaksi SDSS J1038+4849

9) Muka dimana-mana sahaja
  • Seperti tempat-tempat seram, adalah penampakan muka di planet Marikh.
  • Namun, tidak semestinya hanya di permukaan planet, ada juga penampakan di sebuah nebula seperti Nebula Helang.
  • Dan baru-baru ni, susunan/gugusan galaksi SDSS J1038+4849 membentuk sebuah muka, senyum pulak tu.
  • Hihihi....



Roti keramat in your house yo...

10) Objek interstellar pertama (bukan komet) memasuki Sistem Suria
  • Buat pertama kali dalam sejarah, sebuah objek asing dinamakan 'Oumuamua datang dari luaran Sistem Suria.
  • Ianya mengorbit matahari seperti komet sebelum meninggalkan kampung kita, namun ianya bukan sebuah komet.
  • Ini kerana objek ini tiada tanda-tanda fizikal menyerupai komet apabila menghampiri matahari (dalam kes ni, tiada ekor komet).
  • Dijumpai pada 19 Oktober 2017,  dan berbentuk seperti roti keramat bersaiz 1000m x 167m x 167m (secara kasar).
  • Kerana kelajuannya yang teramat tinggi, ramai berpendapat katanya ini kapal angkasa datang dari luar, atau komet tengah menyamar.



PENUTUP
Banyak lagi info-info yang saya tak masukkan sini seperti misteri lubang hitam, awan Oort, centaur (planet minor), dan lain-lain.
Kalau anda pernah melihat fiksyen-fiksyen atau dokumentari seangkatan dengannya, anda mungkin tahu sedikit serba sedikit kemisterian yang ada di luar sana.
Sebagai penutupnya:





SUMBER RUJUKAN DAN KREDIT:

Aug 8, 2018

[Place] Vacation! Villa de Fedelia, Cherating, Pahang



INTRODUCTION
Sometime in the middle of 2018, me and my family went on vacation! YEAAAH!.
We choose Villa de Fedelia, Cherating, Pahang, Malaysia as the location for us to take break.
Actually it was my mother's suggestion to bring my dad here because she want him to get some fresh air.
My dad is currently having a major disease call Vertigo.
And because of that, he went full time retirement two years ago and almost little to none that my dad want to go outside, even its just outside of our house.
Hopefully, my wish is that my dad will slowly and eventually, recover from this cruel disease.

Jul 21, 2018

[Blog] Kongsi Kawan Punya Blog Post - Jenis-Jenis Peta Minda


PETA MINDA
Tahukah anda bahawa ada pelbagai jenis peta minda yang boleh dikongsikan bersama?
Saya pun tak tahu hahahaha!
Sebab itu lah saya nak kongsi post ni.
Post ni datang daripada kawan yang satu universiti dengan saya.
Dia ni hebat tau, seorang yang sangat bernas dan positif pernah saya kawan sepanjang hidup saya.
Nak tahu info lain mengenai dia, lawatilah blog dia di pautan ini: http://crackonlife.blogspot.com

Jun 12, 2018

[Image] Koleksi Foto Faceswap



Dengan zaman teknologi yang penuh dengan aplikasi, kini anda dah boleh gunakannya untuk mengubah suai foto menjadi foto-foto lawak seperti contoh di bawah.
Berikut adalah antara koleksi FOTO FACESWAP yang saya jumpa dalam internet.
Klik gambar di bawah untuk zoom.

May 29, 2018

[Internet] My Favorite Not-Exist-Now Websites


Whenever you surf the internet, there are usually some websites that you always visit, especially in your early internet surfing.
But today, they all gone now.
Remember times when you use these sites? Pepperidge farm remembers.
These are my favorite Not-Exist-Now websites I always visit.

Apr 15, 2018

[Image] Koleksi Lawak / Viral / Memes Wrestling



Rasa bosan dengan dunia gusti pada dekad ini?
Di bawah ni adalah antara KOLEKSI LAWAK/VIRAL/MEMES GUSTI yang saya jumpa sejak tahun 2011 lagi.
Klik gambar di bawah untuk zoom.

Mar 21, 2018

[?] Nonsense Post

Feb 21, 2018

[Fansub] [PV] fripSide - Red “reduction division” -crossroad version- (english subbed)



Artist - Song Name [PV] fripSide - Red 'reduction division' -crossroad version-
Source Codecs File Size Resolution Aspect Ratio
Torrent x264/MPEG 146 MiB 1280x720 16:9

SL | Mirror | Watch (LQ)

Jan 9, 2018

[Media] Stargate Origins



SELAMAT TAHUN BARU 2018!

Tahun baru, maka banyak rancangan TV lama dari luar negara bakal kembali ditayangkan.
Contohnya (favorite saya) seperti X-Files musim 11, Homeland musim 7, The Amazing Race musim 30, The Gifted musim 2, World of Dance musim 2, banyak lagi lah.


Antara watak-watak penting dalam kesemua 3 siri Stargate (SG-1, Atlantis, Universe)

PENGENALAN
Antara rancangan yang bakal dikembalikan juga ialah Stargate.
Peminat tegar Stargate?
Saya kini menantikan rancangan Stargate terbaru yang dipanggil Stargate Origins (SGO).
Kenapa? Sebagai peminat tegar, hampir 7 tahun tanpa sebarang rancangan Stargate disiarkan di media selepas Stargate Universe (SGU) pada 2011.
Asalnya saya harapkan SGU yang akan kembali, sebab kisahnya tergantung selepas pihak produksi membatalkan SGU hanya selepas 2 musim.


3 jenis Stargate merangkumi 3 siri (SG-1, Atlantis, Universe)

APA ITU STARGATE?
Sebuah portal yang menghubungkan dua gerbang di antara dua lokasi di alam semesta.
Apabila melibatkan interstellar, ehem... korang tahu lah macam mana jalan ceritanya....
Ada alien, ruang masa, tempat misteri, Replicator, Merlin, Atlantis, gitu lah seterusnya.
Sebuah rancangan fiksyen-militari menarik pernah mencetuskan fenomena bermula pada pertengahan 90-an dahulu.
Di Malaysia pernah siar di TV3 (Stargate SG-1) dan TV2 (Stargate Atlantis (SGA)) dahulu.


Poster asal Stargate Origins (SGO)

Stargate Origins (SGO)
Stargate Origins (SGO) ni adalah rancangan TV Stargate yang ke-4.
Kisahnya berlaku 10 tahun selepas penemuan Stargate di Giza pada 1928.
Jika berkaitan, akan jadi prequel kepada filem Stargate (1995).
Fokus utama adalah watak Dr. Catherine Langford (anak kepada Professor Langford yang menemui Stargate).
Bakal ditayangkan pada bulan Februari 2018 ni.
Ada perbezaan? Yep.... saiz Stargate tinggi betul.
Ada pelakon lama kembali? Sorang je.... pelakon ni akan jadi watak Prof. Langford, dulu dia pegang watak regular Michael Kenmore dalam SGA.
Lagi bagus kalau Ronon Dex (pelakon Jason Momoa si Aquaman Justice League) ada balik. :)


Sebelum tu, saya kaji sikit sebanyak mana reaksi-reaksi peminat tegar Stargate yang lain.
Hasilnya rata-rata ramai yang tak suka/setuju dengan kemunculan rancangan terbaru ni.
Sebab:
  • Dah lama ketinggalan, kira-kira hampir 7 tahun selepas SGU (2011).
  • Ramai fikir kali ini jalan cerita/genrenya adalah drama serius sama seperti SGU.
  • Fokus jalan cerita kali ni adalah selepas penemuan Stargate pada 1928, jalan cerita mungkin tak best.
  • Tempoh 1 episod = 10 minit sahaja, dan hanya boleh ditonton di Stargate Command (tak ditayang di TV disebabkan tempoh yang sekejap).




KOMEN SAYA
Senang je, saya beri peluang dulu tengok SGO ni.
Kalau drama X-Files musim 10 boleh kembali siar pada tahun lepas selepas 14 tahun ketinggalan, SGO sudah tentu boleh punya.




Trailer:
https://www.youtube.com/watch?v=Lgx_woLQImQ


SUMBER RUJUKAN DAN KREDIT