..........[Use "Google Chrome" for best view!]..........
Showing posts with label School. Show all posts
Showing posts with label School. Show all posts

Jul 11, 2017

[School] Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2017

10 Julai 2017 - Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia akan meraikan Hari Raya Aidilfitri setelah hampir satu bulan berpuasa di bulan Ramadhan. Pada tarikh (hari) yang lepas, semua sekolah di Terengganu telah menganjurkan Majlis Meraikan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah bagi sesi 2017.

Tidak ketinggalan, Sekolah Kebangsaan Landas juga telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi peringkat sekolah untuk sesi 2017 yang diadakan di dewan utama sekolah tersebut. Ramai dikalangan murid, staf dan para guru membawa juadah hari raya daripada rumah masing-masing untuk dikongsikan bersama-sama di dalam majlis yang meriah ini.

Sekolah juga mengadakan aktiviti-aktiviti sampingan seperti penyampaian ucapan hari raya, sesi bergambar bersama pakaian raya yang sama warna, pertandingan baju raya tercantik lelaki dan perempuan, dan lain-lain lagi.

Bagi memeriahkan lagi suasana, sambutan ini juga dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Encik Jalaludin bin Ismail.

Galeri Foto









Galeri Video


Apr 22, 2015

[School] Program Kem Membaca 1Malaysia 2015 Peringkat Sekolah - Projek Kitar Semula (Membuat Robot dari Kotak)


Tarikh: 21 April 2015 (Selasa)
Aktiviti 3: Projek Kitar Semula (Membuat Robot dari Kotak)
Fasilitator: Pn. Che Esah bt. Md Nor
Bilangan Pelajar Terlibat: Murid Tahun 4, 5 dan 6 (55 orang - berkumpulan)
Lokasi: Dewan Utama Sekolah Kebangsaan Landas, Hulu Terengganu

Progres Pelaksanaan/Ulasan:
Aktiviti ini dijalankan pada waktu petang, masa ko-kurikulum. Ianya dipantau oleh Guru-Guru Pemimpin Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah. Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan.

Oct 26, 2014

[School] Hari Kebajikan dan Kempen Menabung 2014 (23 Oktober 2014)


23 Oktober 2014 - Pada 26 Oktober 2014, SK Felda Jerangau Barat dengan kerjasama Unit Kebajikan, PIBK dan Lembaga Tabung Haji telah menganjurkan Hari Kebajikan dan Kempen Menabung bagi tahun 2014.

Seperti yang tertera di dalam foto banting yang disediakan oleh saya di atas, program ini menyediakan aktiviti-aktiviti seperti pengaktifan dan pembukaan akaun Tabung Haji (oleh pihak Lembaga Tabung Haji), pemeriksaan kesihatan percuma (oleh pihak Klinik Kesihatan Felda Jerangau), dan jualan makanan dan minuman serta peralatan komputer (oleh pihak luar dan pihak sekolah). Tidak ketinggalan juga, pihak penganjur menyediakan hadiah-hadiah istimewa untuk para tetamu bagi kategori pengunjung bertuah, kategori penabung terbanyak, dan kategori bilangan ahli keluarga menabung terbanyak.

Sepanjang program ini dijalankan, tetamu-tetamu yang sedang menunggu giliran masing-masing akan dihidangkan dengan tayangan video-video korporat sekolah, dan video kejayaan Pusat Sumber Sekolah yang baru sahaja mendapat Anugerah PSS Kebangsaan 2014 bagi kategori sekolah rendah.

Dengan tamatnya program ini, pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada para tetamu yang menghadiri program ini kerana sudi meluangkan masa untuk bersama kami memeriahkan lagi program ini. Tidak juga lupa ucapan terima kasih kepada Unit Kebajikan, PIBK dan Lembaga Tabung Haji kerana turut membantu menjayakan program ini dengan jayanya.

Disediakan oleh:
-Pegawai EIO SK Felda Jerangau Barat 2014-

Lihat koleksi foto lain DI SINI.