~ IKLAN ~ IKLAN~ IKLAN~ IKLAN~ IKLAN~ IKLAN~ IKLAN~ IKLAN~ IKLAN ~
Banner Kemasukan Pelajar ke TTiTC 2017 |
Hemoh hemoh hemoh!
Saya sekarang ni bekerja sebagai EIO di TTITC Kuala Berang.
So...... ade iklan nak dipromote skit kat sini.
Ehem ehem.....
PENGENALAN:
Terengganu Timber Industry Training Centre (TTITC) adalah merupakan sebuah Pusat Latihan Bertauliah (K-14038) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk melatih dan melahirkan tenaga mahir dan separa mahir dalam industri berasaskan perkayuan bagi program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) hingga Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).
Ada 11 KURSUS yang disediakan di sini:
- OPERASI LATIHAN VOKASIONAL (I-031-3: 2014)
- PENGUKIRAN KAYU ASAS (SS-200-2: 2013)
- PENGUKIRAN KAYU (SS-200-3: 2013)
- JURUMESIN KAYU (A-021-3)
- LUKISAN PELAN SENIBINA (BC-050-3: 2013)
- PELUKIS PELAN KANAN SENIBINA (BC-050-3)
- OPERASI PEMBUATAN PERABOT (RB-050-2/3: 2012)
- OPERASI PENGELUARAN PERABOT (RB-053-4: 2014)
- JURUBINA BANGUNAN BERASASKAN (KAYU A-020-1/2)
- PELUKIS REKAAN DALAMAN (ID-040-1/2)
KEMUDAHAN yang disediakan:
- Elaun Sara Diri
- Penginapan Asrama
- Uniform Latihan
TAJAAN/PINJAMAN:
berurusan dengan Yayasan Terengganu.
Lihat flier di bawah ini untuk info lebih.
Flier Kemasukan ke TTiTC 2017 (Klik foto ini untuk zoom) |
Pengambilan terbaru adalah pada 8 JANUARI 2017 ini.Jadi, kepada yang berminat, marilah DAFTAR SEKARANG.
Lawati LAMAN RASMI di pautan alamat yang berikut:
- http://ttitc.blogspot.my
- https://www.facebook.com/Terengganu-Timber-Industry-Training-Centre-TTITC-284287248361662
Sebarang pertanyaan, bolehlah MENGHUBUNGI nombor berikut:
- 09 - 8240 241 (Pejabat)
- 019 - 9365 331 (En. Nizar)
- 019 - 5722 131 (Pn. Emy)
ALAMAT rasmi:
Lot 3400, Kampus TTiTC, Kampung Teris, 21700 Kuala Berang, Terengganu Darul Iman
Antara koleksi FOTO kursus yang disediakan:
OPERASI PENGELUARAN PERABOT (RB-053-4: 2014) |
JURUMESIN KAYU (A-021-3) |
PENGUKIRAN KAYU ASAS (SS-200-2: 2013) |
OPERASI PEMBUATAN PERABOT (RB-050-2/3: 2012) |
PELUKIS PELAN KANAN SENIBINA (BC-050-3) |
OPERASI LATIHAN VOKASIONAL (I-031-3: 2014) |
KURSUS LANDSCAPE |
LUKISAN PELAN SENIBINA (BC-050-3: 2013) |
~ IKLAN ~ IKLAN~ IKLAN~ IKLAN~ IKLAN~ IKLAN~ IKLAN~ IKLAN~ IKLAN ~
salam,,sy nk thu brkenaan kursus vto di ttitc,,boleh tolong explain x,,berkenaan vto dgn lebih lanjut,,trmsuk yuran2 yg kite kne byar,,terima kasih,,😊
ReplyDeleteWassalam Siti. :)
DeleteBoleh je sy terangkan.
Secara ringkasnya VTO camni:
[Objektif]
- Siti minat x nak mengajar kat pusat2 latihan b'daftar?
- Macam Siti tengok gambar kat post atas, VTO ni tujuannya utk latih bakal pengajar (akan dpt pengiktirafan dari JPK; Jabatan Pembangunan Kemahiran).
- Tamat VTO nnti, Siti akan dpt sijil VTO yg mana ianya boleh diterima pakai untuk mengajar di pusat2 latihan berdaftar.
- CONTOH SITUASI: Andai kata Siti suka menjahit, dan nak sgt mengajar bab-bab menjahit, bolehlah guna sijil VTO ni untuk mengajar kelas menjahit kat pusat2 latihan berdaftar yang ade kelas menjahit.
- Kalu xde sijil VTO, x bolehlah nak mengajar.
[Syarat Kelayakan]
SPM/SPMV
DAN
sekurang2nya ade SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) Tahap 2 dlm mana2 bidang teknikal, ATAU ade Diploma/Ijazah
[Bayaran]
- Yuran pendaftaran: RM 350
- Kos Pengajian: Kalau Siti orang Terengganu, Yayasan Terengganu akan tanggung kos pengajian. Kalau bukan orang terengganu, kene bayar RM 3500.
[Tempoh Pengajian]
Sepenuh masa selama 9 bulan (3 bulan kursus pedagogy, 6 bulan lagi praktikal kat pusat2 latihan).
[Info Lain]
- Andai kata Siti sedang b'keje kat mana2 pusat latihan (contoh: Giat Mara), Siti WAJIB kene ambik juga VTO sbb dah jadi syarat wajib oleh JPK sendiri.
- Ade pengambilan terbaru ni untuk sesi ke 2 tahun 2017, pada 16 April 2017 (Ahad) ni.
Gitulah info serba sedikit pasal VTO ni.
Kalau kurang fasih, saya minta maaf ya.
Siti boleh rujuk info2 lain kat flier ni:
https://www.facebook.com/284287248361662/photos/a.284304791693241.1073741832.284287248361662/468231499967235/?type=3
Ataupun boleh contact/wasap sndiri kawan saya yg juga pengajar VTO ni: En. Mohd. Firdaus bin Mohamad (012-950 9255)
Terima kasih.
As salam..Brp kli yer pengambilan dlm setahun?bole detailkn bln brp☺
ReplyDeleteWassalam.
DeleteBoleh je.
Biasanye TTiTC akan buat 3 kali pengambilan dlm stahun.
Kengkadang tu ada juga 4 kali stahun, bergantung kpd kursus2 yg disediakan pd tahun tu.
Bulan Januari, Mac dan Jun/Julai (bulan Oktober/November jika ada 4 kali).
Terima kasih.