..........[Use "Google Chrome" for best view!]..........

May 24, 2017

[Software] Pengenalan kepada Aegisub



Yellow!
Post kali ini mengisahkan tentang tutor-real mengenai aplikasi komputer bernama "Aegisub".

PENGENALAN
Nak tahu apa itu "Aegisub"?
Cari sendirilah! Hehehe... kidding.
Ianya merupakan sebuah aplikasi yang mana ianya mengkhususkan kepada penggunaan dan pengolahan sarikata.

Di dalam mana-mana anime dan klip video Jepun/Korea yang ada di zon Internet, anda akan perasan terdapat penggunaan sarikata berserta dengan karaokenya sekali.
Aplikasi inilah yang membantu para fansubber untuk menrealisasikan penggunaan sarikata tersebut.

Seperti sedia maklum dalam blog post saya terdahulu, saya juga seorang fansubber, dan menghasilkan sarikata untuk video-video Jepun adalah menjadi keutamaan saya.
Anda boleh melihat contoh hasil projek sarikata saya DI SINI.
Nak request? BOOOOOOOOO!!! Tak nak!

FLOW - Kaze no Uta dalam proses....


MASIH KABUR?
Apa yang perlu anda tahu mengenai aplikasi ini?
Di bawah ini saya senaraikan tentang kebaikan dan keburukan aplikasi ini.

POSITIF
  • Saiz aplikasi yang ringan.
  • Susunatur GUI (Graphical User Interface) yang selesa dilihat.
  • Pelbagai bahasa disediakan.

NEGATIF
  • Khas untuk pengguna yang tinggi ilmunya kerana aplikasi ini sukar digunakan.
  • Masa untuk menyiapkan hasil adalah lama, bergantung kepada situasi.
  • Lain-lain yang saya tidak pasti.

SYARAT-SYARAT
Di bawah ini saya sediakan syarat-syarat yang perlu anda sediakan sebelum menggunakan Aegisub:
  • Main dulu game Left 4 Dead 2, peta Questionable Ethics. Hahaha! (gurau)
  • Pelbagai jenis FONTS, digunakan untuk mencantikkan dan mengkreatifkan lagi sarikata anda.
  • Skrin monitor yang besar, ini memudahkan visual penggunaan dan keselesaan anda ketika menggunakannya.
  • Video untuk disarikatakan.
  • Pastikan Media Codecs (K-Lite atau lain-lain) telah dipasang di dalam komputer anda, kerana Aegisub menggunakan unsur audio dan video.
  • Kesabaran serta ilmu yang tinggi ketika menggunakan Aegisub, kerana ianya sukar digunakan.


TUTORIAL
Saya suka berkongsi idea, tapi saya tidak pandai untuk menceritakannya.
Terdapat banyak lagi tutorial senang/canggih yang disediakan oleh fansubber di luar sana.
Dalam YouTube berlambak lagi tutorial-tutorial seperti ini.
Langkah seterusnya, kalau nak gabungkan video dengan hasil subtitle tadi, baca blog sahabatku ini.
Sila baca dari part 1 sampai part 3 ya.
http://xlawsknowledges.blogspot.my/2012/04/cara-install-megui-dengan-betul.html

Semoga berjaya!

0 comments:

Post a Comment