Alola.... apa khabar anda semua?
Pada post kali ini, saya akan terangkan bagaimana hendak menyimpan/muat turun slides daripada laman web SlideShare, dengan tanpa perlu log masuk ke dalamnya.
Hanya menggunakan perisian Internet Download Manager (IDM) sahaja.
PENGENALAN
Secara ringkasnya, SlideShare adalah sebuah laman web yang dikatakan sebagai sebuah komuniti terbesar yang membenarkan perkongsian berbagai-bagai jenis slides presentation di zon internet. Terkini, website perhubungan sosial yang fokus kepada kareer pekerjaan, LinkedIn, telah memperolehi SlideShare.
Apa yang POSITIF mengenai SlideShare:
- Seperti pengenalan di atas, ianya sebuah laman web yang menyediakan pelbagai jenis slides persembahan.
- Pelbagai jenis bentuk format disediakan seperti Powerpoint, PDF, dan OpenDocument.
NEGATIF yang ada:
- Tak semua slides di sini adalah percuma untuk dimuatturun/simpan.
- Memerlukan log masuk ke dalam akaun LinkedIn atau akaun SlideShare untuk memuat turun slides.
Sudah tentu anda akan rasa frust kalau dapat situasi sebegini.
Maka sebab itulah adanya kaedah lain seperti ini untuk mendapatkannya.
SYARAT-SYARAT
Sebelum itu, anda kena penuhi SYARAT-SYARAT berikut sebelum dapat menggunakan kaedah ini:
- Pastikan perisian Internet Download Manager (IDM) telah dipasang (install) pada komputer anda.
- Mempunyai pelayar (browser) seperti Mozilla Firefox, Google Chrome atau lain-lain.
- Bonus pengalaman sekiranya anda adalah orang IT.
- Bersabar.
LANGKAH-LANGKAH:
Pastikan anda melihat foto rujukan di setiap langkah-langkah berikut:
- Langkah 1 -
Buka laman web SlideShare di Google, atau gunakan pautan ini: https://www.slideshare.net
Halaman utama SlideShare |
- Langkah 2 -
Cari slide yang anda perlukan dengan menaip di dalam kotak "Search" (cari).
Klik butang kanta pembesar atau tekan butang enter untuk menyenaraikan carian slide anda.
Cari di kotak carian |
- Langkah 3 -
Sekiranya carian slide anda terpapar, klik slide tersebut.
Saya bagi contoh di sini ialah slide "Bengkel Frog VLE Fasa 1 SMK Sultan Ismail Johor Bahru" (Pautan: https://www.slideshare.net/cikgubibi/1-frog-vle-ssi)
Klik slide yang terpapar |
- Langkah 4 -
Perasan tak ada butang "Download" (muat turun) dalam halaman tu?
Ianya tidak berfungsi kerana anda perlu log masuk dahulu menggunakan akaun SlideShare atau LinkedIn, baru boleh muat turun.
Biarkan sahaja butang tersebut.
Seterusnya, tekan butang "CTRL U" untuk membuka halaman yang dipanggil "view-source".
Paparan sahaja.... tiada kegunaan bagi butang "Download" itu |
Tekan butang "CTRL U" untuk membuka halaman "view-source" |
Halaman "view-source" |
- Langkah 5 -
Jangan terkejut bila anda melihat isi kandungan halaman ini yang penuh dengan kod.
Di sini terkandungnya sumber-sumber utama yang menyokong sistem SlideShare ni.
Jadi, tekan butang "CTRL F" untuk membuka seksyen mencari perkataan, dan taip "1024".
Info:
- Kenapa "1024"? Ini kerana "1024" adalah saiz (maksimum) slide tersebut.
- Makin besar saiznya, makin nampak slide tersebut apabila dipersembahkan.
- Setakat mana yang saya tahu, ada 3 jenis saiz slide di halaman ini: 320, 638, & 1024.
Tekan butang "CTRL F" untuk membuka seksyen mencari perkataan |
Taip "1024" (1024 adalah saiz maksimum slide) |
Hasil carian |
- Langkah 6 -
Pada carian "1024" yang pertama, sila salin (copy) contoh pautan seperti berikut.
https://image.slidesharecdn.com/1-130710211356-phpapp01/95/1-frog-vle-ssi-1-1024.jpg
Salin contoh pautan seperti diatas |
- Langkah 7 -
Buka Internet Download Manager anda.
- Langkah 8 -
Klik menu "Task" dan diikuti dengan menu "Add batch download".
Klik menu "Task" |
Klik menu "Add batch download" |
- Langkah 9 -
Tampalkan (paste) pautan yang anda copy tadi ke dalam "Address".
Paste alamat yang disalin tadi ke dalam ruangan seperti di atas |
- Langkah 10 -
Tukarkan aksara '1' ini kepada aksara '*'.
Tukarkan '1' (dalam bulatan) kepada '*' |
- Langkah 11 -
Dalam bahagian "Replace asterisk to" dan "Numbers", masukkan nombor semaksimum yang boleh ke dalam ruang "To:".
Nombor ni merujuk kepada jumlah muka surat dalam sesuatu slide.
Contoh: 100
Pilih "Numbers" dan masukkan maksimum nombor ke dalam "To:" |
- Langkah 12 -
Klik butang "OK" untuk membuka halaman pengesahan.
Klik butang "OK" untuk ke halaman pengesahan |
- Langkah 13 -
Dalam halaman ini, klik butang "Browse" untuk setkan tempat di mana slide ini akan disimpan, dan diikuti oleh butang "OK".
Klik "Browse" untuk menetapkan tempat simpanan slide, diikuti butang "OK" |
- Langkah 14 -
Teruskan dengan klik butang "OK" untuk memulakan proses menyimpan slide.
- Langkah 15 -
Proses sedang berlangsung. Tunggu sehingga siap. Sekejap je.
Contoh proses sedang berlangsung sehingga siap |
- Langkah 16 -
Buka folder di mana anda menyimpan slide tersebut.
Siap! Slide anda telah dimuat turun.
Hasil simpanan slide tersebut |
Mudah-mudahan agar kaedah ini dapat membantu anda mendapatkan sumber-sumber yang berpatutan.
Terima kasih.
SUMBER RUJUKAN & KREDIT
- https://www.mabzicle.com/2013/04/save-slideshare-presentation-disabled-by-author.html
0 comments:
Post a Comment