..........[Use "Google Chrome" for best view!]..........

Oct 23, 2019

[Social] Pengalaman ke Marvel Studios: Ten Years of Heroes Exhibition 2019


PENGENALAN
..... kroh..... ..... kroh.....
Huh.... oh ya, selamat datang. 
Dah lama saya tak kemaskini blog ni.
Sejak kebelakangan ni, saya mula rasa buntu sebab tiada idea untuk blog ini. 
Mungkin adalah disebabkan oleh kesibukan saya di alam pekerjaan, maka makin lama makin tak keluar idea-idea yang bagus. 
Apepun, saya ucap terima kasih banyak-banyak kerana sudi membaca blog saya yang tak seberapa ini.



Meme

MACAM MANA SAYA TAHU PASAL EXHIBITION NI? + PERSIAPAN
Okeh, berbalik kepada tajuk post ni.
7 September 2019 (Sabtu) baru-baru ni, saya bersama keluarga telah pergi ke Marvel Studios: Ten Years of Heroes Exhibition yang bertempat di Pavilion, Kuala Lumpur.
Sejujurnya, saya tiada perancangan langsung untuk pergi ke sana.
Sebabnya status saya yang masih sedang bekerja, lokasi yang agak jauh (6 ke 7 jam perjalanan), malah saya sendiri juga tak tahu langsung info pasal Exhibition ni.
Namun disebabkan oleh adik-adik saya (peminat kuat Marvel), saya sebagai abang rasa kesian jugak sebab diorang kempunan sangat nak pergi  (yep, dapat info daripada diorang).
Tak apa lah, nak tak nak, saya bawak jugaklah diorang buat sebagai teman. Sekali seumur hidup.
Sebab kitorang dari Hulu Terengganu, maka kami bertolak ke penginapan dulu, Hotel Six Seasons di Puchong, Selangor pada 6 September 2019 (Jumaat).
Asalnya bertiga menjadi 4 orang kerana ibu saya juga mahu pergi berjalan-jalan juga. 



Harga tiket

APA ITU "MARVEL STUDIOS: TEN YEARS OF HEROES EXHIBITION"?
Ooof, sebelum tu, sedikit info pasal exhibition ni.
Ianya adalah sebuah bilik pameran penuh dengan memori-memori daripada pihak Marvel sepanjang 10 tahun diorang berada di dunia hiburan.
Kebanyakan memori ni adalah dalam bentuk props asli daripada penggambaran filem Marvel masing-masing, dan juga sedikit interaktif dengan skrin.
Sebagai menghargai jasa peminat seluruh dunia kerana terus setia bersama perkembangan Marvel, diorang buka exhibition ini di negara-negara terpilih.
Negara saya (Malaysia) juga dipilih dan dibuka antara 28 Jun 2019 hingga 1 Januari 2020.
Info selanjutnya: https://www.disney.my/marvel-studios-ten-years-of-heroes-exhibition



FOTO-FOTO LALUAN MASUK



FOTO-FOTO SEPANJANG EXHIBITION



FOTO-FOTO LALUAN MERCHANDISES



FOTO-FOTO TERAKHIR SEBELUM PULANG



PENUTUP + REVIEW
Akhir kata, kami sangat berpuas hati dapat pergi ke sini.
Walaupun dengan limited ruangan, namun padat dengan memori  yang boleh kitorang simpan.
Adik saya siap rakam vlog lagi dalam pameran ni, boleh kata adik saya ni betul-betullah enjoy kat sini.
Dia juga beli buku lukisan sebagai cenderahati dari sini.
Sedikit sebanyak juga dapat buatkan saya release tension daripada alam pekerjaan saya.
Akhir kata, kami boleh pergi lagi ke sini sekiranya dapat berpeluang.
Oh ya, terima kasih juga kepada pihak Marvel kerana menubuhkan exhibition yang sangat unik ini.
"Thank you also to Marvel for giving us fans the greatest memories of the decade."
Doktor pelik memang jadi favorite karakter saya.
Sekian daripada saya, henshin! 
Rating: 9.5/10


0 comments:

Post a Comment