..........[Use "Google Chrome" for best view!]..........

Jul 29, 2020

[Place] Bercuti! Pulau Kapas, Terengganu


PENGENALAN
๐ŸŽต Pulau kapas, Pulau Redang, Kita lalu ikut Marang ๐ŸŽต
Apa itu pulau? Pulau ialah sebuah dataran yang berada di kawasan laut. 
Apa itu kapas? Kapas ialah sesuatu benda ringan, banyak kegunaannya. 
Pulau Kapas adalah antara pulau-pulau penginapan yang ada di Terengganu yang mana ianya menjadi tempat tumpuan pelancong-pelancong dalaman dan juga pelancong luaran.
Untuk ape lagi, menikmati permandangan indah le sambil-sambil tu berehat. Op op? 



MACAM MANA SAYA DAPAT PERGI KE SANA? + PERSIAPAN
Awal Jun 2020, adelah seorang sahabat pejabat ni rancang nak buat trip ke Pulau Kapas.
Katanya last kali satu pejabat buat trip ni adalah pada tahun 2016, masa tu saya tak bekerja lagi.
Saya tak pernah langsung pergi ke mana-mana pulau kat Malaysia ni.
Jadi saya pun ambil peluanglah untuk pergi cari pengalaman pertama sana.
Lepas perbincangan, kami seramai hampir 25+ orang dapat pergilah jugak ke pulau tu.
Kitorang pilih tarikh 11 Julai 2020 sebagai hari yang sesuai untuk ke sana, bertolak di Jeti Marang pada waktu pagi dan pulang pada petangnya.


FOTO-FOTO SEPANJANG BERADA DI SANA


REVIEW SAYA + RATING
First time pergi, dapat juga rasai snorkeling pertama saya (asyik masuk air je haha ).
Dapat juga berjalan kaki sendiri ke seberang Bukit Singa. Curam betul tangga tu.
Rasenye kene pegi Pulau Redang pulak lepas ni. Sebabnye bagi saya, Pulau Kapas = level 1.
Haha, maaf ya. 
Saya kata macam tu sebab pulau ni kecil sikit, tak banyak benda-benda menarik yang ada kat pulau ni.
Selain Bukit Singa dan Taman Laut, itu jelah yang saya tahu.
Overall, kami sangat berpuas hati dapat pergi ke sini walaupun hanyalah untuk separuh hari.
Rating: 9/10


VIDEO-VIDEO TRIP DARIPADA SAHABAT-SAHABAT
Saya tolong promote sikit video-video trip sahabat kitorang ni. 




2 comments: