|
Galaksi bertembung menjadi tanda '?' (foto dikredit kepada NASA) |
"To infinity, and beyond!... say!"
PENGENALAN
Kembali ke berita angkasa!
Seperti apa yang saya dah maklum dalam post-post saya yang terdahulu, saya
minat untuk menerokai ilmu-ilmu berkaitan dengan angkasa dan misteri disebaliknya.
Selalu
mengikuti website seperti
NASA, Astronomy, dan
Space untuk mendapatkan info-info baru.
Juga
menonton filem/rancangan TV cerita-cerita fiksyen seperti
Stargate, Interstellar kerana ada info-info tersirat di sebalik cerita ini berkaitan dengan angkasa.
Kengkadang tu saya selalu terfikir, mesti ada lagi yang
masih tidak dapat dirungkai di luar sana walaupun telah banyak eksperimen dan kajian yang telah dibuat oleh para
expertise.
Tapi disebalik semua ni, ada yang saya rasa sangat pelik pun ada.
Sebagai manusia, kita
perlu bersyukur dan mengkagumi dengan apa sahaja yang ada di luar sana.
|
Gambaran artis lohong hitam |
Apapun, dibawah ini ialah antara 10 fakta yang saya rasa ianya menarik mengenai dunia angkasa.
|
Planet X |
1) Penemuan baru di angkasa dinamakan sempena nama orang
- Ada beberapa penemuan asteroid/planet terbaru, dinamakan sempena nama selebriti.
- Sebagai contoh, khas untuk peminat OTAKU terutama sekali Yuki Kajiura dan Kalafina.
- Cuba teka, NASA dah pun menamakan sesetengah asteroid/planet seperti berikut (NASA pun ada jugak peminat setia diorang nih. Hehe..):
|
The Great Red Spot (kiri) dan The Great Dark Spot (kanan) |
2) Ribut terbesar di Sistem Suria
- Antara ribut terkuat di dalam Sistem Suria ialah Great Red Spot di planet Musytari.
- Saiz ribut tu terlalu besar, saiznya boleh menelan planet kita tau.
- Berita terbaru mengatakan yang ribut ni mungkin akan hilang dalam tempoh 20 tahun lagi.
- Lain-lain ribut di planet lain adalah Great Dark Spot, di planet Neptun, namun terkini ianya juga telah hilang dari radar.
3) Satu Ribut Suria nyaris terkena bumi pada tahun 2012
- Sebut pasal ribut, ada satu ribut suria ni, nyaris-nyaris terkena bumi pada 23 Julai 2012.
- Kalau terkena, habislah semua alat-alat elektronik yang ada kat Bumi nanti.
- Macam kes pada bulan Mei 1921, teknologi pada masa tu seperti telegram terbantut sekejap disebabkan fenomena ini.
4) Planet Pluto bukan lagi planet ke-9
- Pada 2006, Pluto telah diklasifikasikan balik sebagai sebuah planet kerdil.
- Ini kerana planet kerdil lain bernama Eris bersaiz 27% lebih besar daripada Pluto, telah dijumpai pada 2005.
- Sifat Eris dan penemuan beberapa objek yang sama sifat di kawasan Kuiper Belt menyebabkan Pluto dikaji balik statusnya.
- Terkini, Pluto bersama-sama Ceres, Eris, Haumea dan Makemake adalah antara planet kerdil yang berada di Sistem Suria kita.
|
Gunung tertinggi di Sistem Suria, Rheasilvia (22 km) |
5) Gunung tertinggi di Sistem Suria
- Seperti dalam post saya yang terdahulu, Rheasilvia adalah gunung tertinggi di Sistem Suria.
- Ketinggian diukur dari paras bawah ke puncak, 22 km.
- Lokasinya berada di Asteroid 4 Vesta, antara orbit Marikh dan Musytari.
|
'Luna', nama lain bulan |
6) Satu permukaan Bulan yang sama dilihat dari Bumi
- Perasan tak? Kita asyik lihat permukaan yang sama dari Bumi tak kira mana kita lihat.
- Experts kata, hanya 18% je kita boleh tengok permukaan satu lagi, yang mana sangat sukar untuk kita dapat melihatnya.
- Sebabnya, bulan berputar di paksinya serentak dengan bulan mengorbit planet kita (rujuk 'Tidal Locking').
|
Voyager 1 |
7) Voyager 1 sebagai objek buatan manusia terjauh dari Bumi
- Dilancarkan pada 5 September 1977 oleh NASA.
- Kini merupakan objek terjauh buatan manusia dari Bumi.
- Fungsi/objektif utama ialah untuk terbang berhampiran untuk mengkaji Musytari, Zuhal dan bulan terbesar Zuhal, Titans.
- Kedudukan terkini ialah berada di kawasan interstellar medium (kawasan selepas sistem solar) dan bakal masuk ke kawasan awan Oort dalam tempoh 300 tahun lagi.
- Jangka hayatnya mungkin berakhir pada tahun 2050 kerana kekurangan sumber bekalan elektrik yang boleh menampungnya.
|
Trojan '2010 TK7' di sebelah kanan |
8) Bumi ada objek lain yang ikutnya dalam orbit
- Tak sangka Bumi kita ni ada follower.
- Objek ni dipanggil 'trojan', dijumpai pada Oktober 2010 dan dinamakan sebagai 2010 TK7 (Opps.... ni bukan virus atau serbuk cucian ye).
- Sifat objek ni kata wikipedia: bulan/planet kecil yang mengorbit planet/bulan besar.
- Bersaiz 300 meter.
- Objek ni ada sifat yang tak disangka-sangka, iaitu mengorbit orbit Bumi sambil ikut Bumi.
|
Penampakan muka di (dari kiri) Marikh, Nebula Helang dan galaksi SDSS J1038+4849 |
9) Muka dimana-mana sahaja
- Seperti tempat-tempat seram, adalah penampakan muka di planet Marikh.
- Namun, tidak semestinya hanya di permukaan planet, ada juga penampakan di sebuah nebula seperti Nebula Helang.
- Dan baru-baru ni, susunan/gugusan galaksi SDSS J1038+4849 membentuk sebuah muka, senyum pulak tu.
- Hihihi....
|
Roti keramat in your house yo... |
10) Objek interstellar pertama (bukan komet) memasuki Sistem Suria
- Buat pertama kali dalam sejarah, sebuah objek asing dinamakan 'Oumuamua datang dari luaran Sistem Suria.
- Ianya mengorbit matahari seperti komet sebelum meninggalkan kampung kita, namun ianya bukan sebuah komet.
- Ini kerana objek ini tiada tanda-tanda fizikal menyerupai komet apabila menghampiri matahari (dalam kes ni, tiada ekor komet).
- Dijumpai pada 19 Oktober 2017, dan berbentuk seperti roti keramat bersaiz 1000m x 167m x 167m (secara kasar).
- Kerana kelajuannya yang teramat tinggi, ramai berpendapat katanya ini kapal angkasa datang dari luar, atau komet tengah menyamar.
PENUTUP
Banyak lagi info-info yang saya tak masukkan sini seperti misteri lubang hitam, awan
Oort,
centaur (planet minor), dan lain-lain.
Kalau anda pernah melihat fiksyen-fiksyen atau dokumentari seangkatan dengannya, anda mungkin tahu sedikit serba sedikit
kemisterian yang ada di luar sana.
Sebagai penutupnya:
SUMBER RUJUKAN DAN KREDIT: